Thursday, October 24, 2013

KITA MESTI BERUBAH






Kawan-kawan... nak berjaya bukan senang.. banyak yg kena dikorbankan.. masa, tenaga, wang ringgit, perasaan dan segala macam pengorbanan lagi. Kejayaan tidak akan datang dgn kita meminta-minta. Kejayaan tidak akan datang dengan percuma. Kejayaan... akan lebih dihargai dan dinikmati dgn hasil usaha sendiri.
Seperti simboliknya apabila kita dapat barang percuma dgn barang yg kita beli hasil dr titik peluh kita. Yg mana lebih kita sayang dan simpan baik2??
Jom sama2 kita buang sifat sentiasa mengharap subsidi orang lain!!



Setuju sahaja tidak cukup... Kena BERTINDAK!!!


RAMAI ORANG YG SETUJU BAHAWA KEHIDUPAN HARUS BERUBAH!
RAMAI ORANG SETUJU BAHAWA PENDAPATAN SEKARANG TIDAK MENCUKUPI KEPERLUAN HIDUP!
RAMAI ORANG SETUJU JAWATAN SEKARANG TIDAK MUNGKIN DIWARISKAN KPD ANAK DAN PASANGAN!
RAMAI ORANG SETUJU DENGAN BERUSAHA GIGIH SAHAJA KEHIDUPAN AKAN LEBIH BERMAKNA!
... TETAPI,
TIDAK RAMAI YANG BERANI MENGAMBIL TINDAKAN PERUBAHAN...
TIDAK RAMAI YANG SANGGUP KERJA LEBIH MASA
TIDAK RAMAI YG BERUSAHA MENCARI PEKERJAAN YG BOLEH DIWARISKAN
TIDAK RAMAI YG SANGGUP BERKORBAN MASA LAPANG DEMI KEHIDUPAN SENDIRI

JIKA ANDA PERNAH TERFIKIR UTK MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA,
JANGAN TUNGGU LAMA LAGI.. TERUSLAH BERTINDAK KERANA DI LUAR SANA PELUANG TIDAK MUNGKIN DTG BERKALI-KALI.
TETAPI PENCURI IMPIAN SENTIASA DTG UTK MENARIK ANDA KEMBALI KPD KEADAAN ASAL ANDA!!

JADIKAN ALASAN SEMALAM SEBAGAI SEBAB UNTUK ANDA BERJAYA HARI INI!

Doa murah rezeki yang diajar Rasullullah


October 10, 2012 by admin Leave a Comment







Doa murah rezeki yang Nabi ajar pada sahabatnya Bader bin Abdullah al-Makhzumi.. Hadis ini Riwayat Abu Nu’aim..

Doanya berbunyi :

Bismillahi ‘ala nafsi. Bismillahi ‘ala ahli wa mali. Allahumma roddini bima qadhaiyt, wa ‘afini fima abqaiyt, hatta la uhibba ta’jila ma akhkharta wala tak khira ma ‘ajjalta…

Maksudnya : Bismillah untuk diriku. Bismillah untuk keluarga dan hartaku. Redhakanlah aku ya Allah terhadap apa yang Engkau takdirkan atas diriku dan selamatkan aku selagi mana menempuh baki hidupku, sehingga aku merasa tenang dan puas hati, tidaklah ingin disegerakan apa yang Kau tunda dan tidak pula ingin ditundakan apa yang Engkau segerakan.

Tuesday, October 22, 2013

DAPATKAN HARGA DISKAUN PRODUK MELETOP LARIS!!!


Lebih Jimat !!



















FAST CASH







Mudahnya dapat FAST CASH 1 hari RM100 @ juga boleh dapat lebih dari ini. Bestnya....bagaimana caranya nak dapat fast cash ni ya? Mudah macam ABC je, cepat PM KFc / Whatsapp 0196746877 hanya taip "Sy nak FAST CASH"



Monday, October 21, 2013

JAGA KESIHATAN DIRI – ADA DUIT TAPI BADAN TIDAK SIHAT

 Artikel From Irfan Khairi



Tip kali ini lain sikit… iaitu untuk jaga kesihatan. Untuk mengingatkan anda dan diri saya sendiri juga.



Perasan tak kalau kita tengok TV documentary mat salleh, ramai jutawan-jutawan barat dikalangan mereka yang berumur. Namun, walaupun berumur, masih lagi kuat dan sihat melancong, ke sana kemari, naik sports car, bawak yatch dan sebagainya.

Cara pemakanan & lifestyle orang barat secara langsung mempengaruhi kesihatan mereka. Berbeza dengan masyarakat kita- perlu lebih berhati-hati dengan kesihatan.
Nanti, kalau rezeki menyebelahi kita, ada duit banyak, tetapi kesihatan tidak menentu (keluar masuk hospital), tak dapat kita “enjoy” pulangan dari usaha kita selama ini!




Sunday, October 20, 2013

Enam Masalah Kesihatan Yg Paling Memalukan Wanita


Ada beberapa masalah kesihatan yg sering melanda kaum wanita tetapi amat malu utk didedahkn kpd doktor. Sehinggakan mereka sanggup menderita dan menjeruk rasa..tetapi tahukah anda, dgn sikap begitu anda telah menyeksa diri sendiri malahan lebih teruk lg anda turut melibatkan suami anda sendiri.

Topik-topik yang ada kena-mengena dengan ‘tandas’ seperti terlalu kerap membuang air kecil, masalah pundi kencing, usus, datang bulan dan keputihan muncul keadaan yang paling memalukan kaum Hawa diikuti dengan masalah badan dan kemaluan berbau serta nafas yang kurang menyegarkan.

Bagaimanapun, menutup mulut tentang isu-isu ini tidak lebih daripada satu perbuatan yang merugikan kerana untuk pengetahuan anda, terdapat sekian banyak rawatan yang ditawarkan di luar sana. 

Berikut digariskan enam masalah paling memalukan yang dihadapi oleh wanita. Turut dimuatkan alasan kenapa anda tidak perlu lagi berdiam diri berpeluk tubuh mengenainya. Kita mulakan dengan:





Kerap membuang air kecil

Tiada data yang dapat memberitahu jumlah sebenar wanita-wanita di negara ini yang menderitai masalah ini.
Bagaimanapun, sebagai perbandingan dengan negara yang selalunya dijadikan rujukan iaitu Amerika Syarikat (AS), ia mengganggu lebih 17 juta warga wanitanya.
Namun dengan jumlah sebesar itu, masih lagi mereka berasa gusar untuk ‘berbual-bual’ dengan doktor mengenainya.
Pada pendapat mereka, jika anda telah dilatih untuk menggunakan tandas sejak kecil lagi, kenapa pula anda tidak boleh mengawalnya kini?
Isu ini turut dilihat mempunyai kaitan dengan faktor penuaan dan pada dasarnya, jarang orang yang mahu mengaku tua.
Satu daripada tiga wanita yang mempunyai masalah tidak dapat mengawal kencing ini dikategorikan masih muda iaitu bawah 35 tahun.
Kebocoran kencing adalah sesuatu yang dianggap tidak normal dalam apa keadaan sekalipun jika anda telah dilatih untuk ke tandas.
Apa pun, berita baiknya terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk masalah ini. Kewajipannya terpulang kepada pesakit sendiri.
Jangan fikir doktor akan mengadili anda yang bukan-bukan. Malah, kemungkinan besar doktor tersebut boleh membantu.
Anda hanya perlu mengadakan temu janji dan berjumpa doktor. Kemudian katakan dengan yakin: ‘‘Saya mengalami masalah kebocoran kencing (tidak dapat mengawal kencing atau kerap membuang air kecil).’’
Tip pengurusan yang anda pandai-pandai lakukan sendiri di rumah ada ketikanya hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Misalnya, ada sesetengah wanita yang pundi kencingnya terlalu aktif ini mengambil keputusan untuk mengurangkan pengambilan cecair.
Logiknya ada di situ tetapi apa yang anda tidak tahu adalah, tindakan itu sebenarnya akan meningkatkan keradangan pundi kencing dan menyebabkan masalah menjadi bertambah serius.
Bilakah kekerapan membuang air kecil merupakan sesuatu yang normal? Jawapannya, menjelang tahun-tahun menopausal (putus haid).
Dalam keadaan ini, ubat- ubatan tertentu, pengubahsuaian pemakanan dan senaman kegel (kemut) berupaya membantu menguatkan otot- otot yang mengawal pengeluaran air kencing.
Kencing yang terlalu kerap juga boleh menjadi tanda penyakit-penyakit lain yang memerlukan penilaian ataupun akibat kesan sampingan ubat-ubatan yang anda sedang ambil.




Angin

Semua orang mempunyai angin di dalam badan mereka tetapi kebanyakan daripada kita enggan mengakuinya.
Mengakulah kepada doktor anda kerana angin selalunya berkait rapat dengan pemakanan. Ia juga boleh dirawat dengan pengubahsuaian makanan selain produk-produk yang banyak dijual di farmasi-farmasi sahaja.
Ada beberapa punca lagi yang boleh mencetuskan masalah angin dan bukannya setakat akibat memakan kekacang.
Anda mungkin terkejut apabila mendapat tahu bahawa minum menggunakan straw boleh menyebabkan angin di dalam usus dan perut. Begitu juga dengan sayur-sayuran yang mempunyai empat kelopak bunga seperti sawi.






Sindrom usus rengsa (IBS)

‘‘Gangguan ini mempamerkan gejala-gejala seperti sakit perut atau rasa tidak selesa di samping perubahan corak membuang air besar seperti sukar membuang air besar (sembelit) atau sebaliknya, terlalu kerap pula ke tandas (cirit-birit),’’ kata Pakar Perunding Perubatan, Hospital Kuala Terengganu, Terengganu, Datuk Dr. Ahmad Shukri Datuk Md. Salleh@Embat.
Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Yayasan Antarabangsa bagi Gangguan Fungsi Gastrousus yang berpangkalan di Milwaukee, Wisconsin, ia menjejaskan antara 10 hingga 15 peratus daripada keseluruhan penduduk dunia.
Pesakit IBS mungkin berasa malu kerana mereka berasa berbeza daripada orang normal lain tetapi hakikatnya, ia merupakan satu gangguan yang sangat biasa di kalangan wanita khususnya.
Sekali lagi, terdapat banyak maklumat serta rawatan yang boleh membantu menjadikan hidup anda lebih terurus.
Malangnya, ramai wanita yang memilih untuk sengsara seorang diri sedangkan banyak lagi yang senasib dengan mereka sebenarnya.





Perpeluhan melampau

Ramai wanita yang berasa malu apabila merembeskan peluh yang melampau banyaknya tidak kiralah sama ada ia keluar menerusi tapak tangan atau ketiak. Mestilah malu, bukan?
Masalah ini perlu diperiksa oleh seorang doktor. Terdapat preskripsi nyahpeluh yang boleh digunakan dan dalam kes-kes yang ekstrem, suntikan Botox juga boleh menjadi penyelesaian bagi merawat tapak tangan, tapak kaki dan ketiak.
“Jika anda mendapati ada perbezaan dalam cara anda berpeluh atau ia menyusahkan sehingga anda tidak boleh melakukan aktiviti tertentu seperti orang lain ataupun ia menyebab kemurungan untuk menjalani kehidupan seharian, terdapat pilihan rawatan yang ada,’’ kata Pakar Perunding Bedah Kardiotorasik, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik, Institut Jantung Negara, Dr. Jeswant Dillon.
Kesihatan pernah menyiarkan artikel berkenaan rawatan ETS iaitu pembedahan kelenjar saraf simpatektomi torasik endoskopi bagi mengatasi masalah peluh berlebihan yang luar biasa di institut berkenaan.








Alat sulit berbau

Ini boleh menjadi tanda jangkitan tetapi tidak semestinya jangkitan yis, kata Pakar Estetik dan Antipenuaan, Alice Total Wellness, Bangsar, Kuala Lumpur, Dr. Alice Prethima Michael.
‘‘Sesetengah wanita terlebih mengguna pakai krim yis yang dibeli di kaunter farmasi dan terlepas untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai dan tepat.
‘‘Sesetengahnya pula merasakan ia sekadar bau yang berbeza, tidak lebih dari itu. Keadaan ini boleh memberikan kesan terhadap imej tubuh atau perasaan mereka semasa melakukan hubungan kelamin,’’ katanya.
Pokok pangkalnya, berbincanglah dengan doktor anda.






Lemah keinginan syahwat

Wanita mungkin berasa terlalu segan untuk membawakan masalah kekurangan nafsu seks ini ke pengetahuan doktor tetapi ia sebenarnya boleh menjadi petunjuk kepada keseluruhan masalah yang ada.
‘‘Kekurangan libido mungkin disebabkan oleh masalah psikologi, biologi mahupun sosial. Jadi, ia memerlukan penyiasatan menyeluruh kesemua aspek bagi menentukan punca penyebabnya,’’ kata Pakar Sakit Tuan yang tidak asing lagi, Dr. Ismail Tambi.
Misalnya, seorang wanita mungkin terpaksa menjaga orang tuanya yang telah uzur dan banyak masanya diperuntukkan secara fizikal dan mental (emosi) sehinggakan tiada masa untuk seks (sosial).
‘‘Keinginan syahwat yang menurun mungkin ada kaitannya dengan kemurungan, kekhuatiran atau imej tubuh yang negatif (psikologi).
‘‘Isu-isu biologi seperti penyakit jantung dan diabetes atau ubat-ubatan yang menjejaskan rangsangan seks turut memainkan peranan di dalam masalah ini,’’ jelasnya.

sumber : Berita Harian, Metro
sumber: perkongsian hebat CA KDA cantek


*** Tetapi kini anda tidak perlu risau lagi...setiap masalah pasti ada penyelesaiannya... cadangan KFc...hanya amalkan SWA... insyaallah semua masalah di atas dapat di atasi dgn cemerlang.. malahan hasil yg anda dapat berkali ganda lagi.. kerana SWA menjadikan diri anda lebih berharga, anggun dan cik abang makin sayang ketat2 kt anda!!!! ***




  



Thursday, October 10, 2013

Doa Agong Hari Jumaat]



Assalamualaikum fans dan teman fb saya. Berikut saya titipkan satu bacaan yang apabila kita iringi dalam doa permohonan kita di hari Jumaat ini maka insya Allah dimakbulkan.

Doa ini hebat, oleh itu sila SH...ARE atau TAG agar ramai orang Islam kita yang mencapai hasrat. Jangan kedekut ilmu. Jemput mereka join fb saya supaya kerja dakwah yang mahu saya jalankan mencapai lebih ramai hati manusia.

Saya doakan tuan-tuan, puan-puan dan cik puan semua mendapat rahmat dan keampunan Allah dengan memanjangkan doa ini. Amin.

Follow @ Like : www.facebook.com/DrAsmadi